Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum....
9 Mei : Hari teristimewa buat semua ibu,mama,mak,mummy,umi,mom n mcm2 lagi gelaran buat ibu-ibu di seluruh dunia.

Kesempatan ini, inginku menyatakan ucapan Selamat hari Ibu buat mak tersayang Khalijah bt Md Hassan yang terlalu banyak berkorban untuk hidup kami adik beradik. Tak ternilai segala kasih sayang dan tunjuk ajar yang dilimpahkan kepada kami. Selama kepergian abah tersayang 15 tahun lalu, mak banyak sgt sacrifice untuk anak-anak mak.

Kami semua sayang mak sgt. Moga Allah berikan kesihatan dan keberkatan buat mak dunia akhirat...

*buat semua ibu diluar sana, semoga terus bangga menjadi insan yang bergelar ibu...ku harapkan, diriku juga akan dapat menjadi seorang ibu satu hari nanti...amin...

Saturday, May 7, 2011

My New Life




Hidup kita sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa. Putaran masa tak pernah terhenti selain Yang Maha Kuasa menginginkannya...Semakin meningkat usia, semakin banyak rintangan dan cubaan yang perlu dilalui oleh setiap insan. Setiap manusia ada laluan hidup yang berbeza-beza.senang...susah...gembira...bahagia...perit...menyakitkan...Kini aku melangkah lagi ke tahap kehidupan seterusnya...Kini aku sudah bergelar isteri...Alhamdulillah sudah 3 bulan mendapat title Puan Siti Noor.Mudah disebut ... IS+TE+RI...tapi besar tanggungjawabnya.Insyaallah...akan kupikul sebaik-baiknya...

Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.
( Hadith riwayat Maisaroh Ali daripada Abu Said Al-Hudri)


... Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat sepanjang majlis bersejarah dalam hidupku. I love all of u...doakan rumahtangga kami bahagia dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

Saturday, May 22, 2010

Happy Mother's Day


Happy Mother's Day mak...I love you so much. may Allah bless u all over the time...muah!!!

Kini ku kembali


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Lama sangat rasanya tak menulis dalam blog ni.Ade je perkara yang tak mengizinkan untuk membuat sedikit nukilan di hati. Pejam celik, pejam celik, kini aku dah bergelar seorang guru. Alhamdulillah...syukur atas kurniaan yang dilimpahkan oleh Allah kepada ku.Sekarang masanye untuk menstabilkan diri dan memulakan satu peringkat yang lain pulak.Semoga apa yang dirancangkan akan berjalan seperti apa yang diigini...Amin...

Monday, September 28, 2009

Tamatnya praktikal



Tak sangka...dah 3 bulan berlalu. Terlalu pantas rasanya 12 minggu dilalui sebagai seorang guru pelatih praktikal di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (1). Pelbagai kenangan yang begitu bermakna sepanjang tempoh praktikal di sekolah ini. Mendapat kerjasama yang sangat baik dari warga sekolah membuat diri terasa selesa dan senang menjalankan tugas di sana. Keletah anak-anak murid yang pelbagai ragam kadang-kadang begitu mencabar tapi bila diingatkan semula mereka sebenarnya perlukan perhatian dari seorang yang bergelar guru. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan menulis...

Saturday, July 25, 2009

Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1



SKJSB1..dah masuk 6 minggu menjalani praktikal di sekolah ni. Banyak pengalaman yang dapat dipelajari dan tak lupa ramai pelajar yang makin aku ingati namanya. Memang terlalu banyak keletah mereka yang bila difikirkan balik, buatkan aku tersenyum sendirian. Ucapan terima kasih buat Tuan Hj Barudin (Guru Besar) dan Pn Normazira (Guru Pembimbing) yang tak lekang memberi tunjuk ajar yang berguna kepada kami guru pelatih. Tak lupa untuk guru-guru lain (Mr Rama, En Othman, En Ayub, Mr John, Pn Nik, Pn Fazilah, Pn Sarida, Pn Hasnah, Ustaz Aiman, Pn Zuraidah, Pn Saidah, En Lutfi, En Harman, En Azhar, En Rashid, En Edy, Pn Siti, En Kamarudin dan En Anuar) atas segala bantuan. Insyaallah, semoga dengan bantuan semua saya akan dapat menimba ilmu agar lebih tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Terima kasih semua... :)

Best buddies 4eva n eva...mmuuaahh!!!





Rasanya dah lama benar ct tak menulis di blog ni. Terlalu sibuk dengan praktikal yang dah masuk 6 minggu ni. Bila time2 free macam ni, teringat sangat dengan kenangan bersama rakan-rakan se-universiti dulu. Banyak kenangan yang kami konsi bersama-sama; suka, duka, kelakar, mencabar, memalukan, tak masuk akal....hahaha....rindu kenangan dulu...tapi sekarang semua dah berubah. Peredaran masa kadang-kadang membataskan kami untuk selalu berjumpa. Tambahan ade yang sudah bersuami. Tapi apa-apa pun korang... I luv n miss u all....mmuuaahhhhhh!!!!!!