Monday, September 28, 2009

Tamatnya praktikal



Tak sangka...dah 3 bulan berlalu. Terlalu pantas rasanya 12 minggu dilalui sebagai seorang guru pelatih praktikal di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (1). Pelbagai kenangan yang begitu bermakna sepanjang tempoh praktikal di sekolah ini. Mendapat kerjasama yang sangat baik dari warga sekolah membuat diri terasa selesa dan senang menjalankan tugas di sana. Keletah anak-anak murid yang pelbagai ragam kadang-kadang begitu mencabar tapi bila diingatkan semula mereka sebenarnya perlukan perhatian dari seorang yang bergelar guru. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan menulis...

1 comment: