Saturday, May 7, 2011

My New Life




Hidup kita sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa. Putaran masa tak pernah terhenti selain Yang Maha Kuasa menginginkannya...Semakin meningkat usia, semakin banyak rintangan dan cubaan yang perlu dilalui oleh setiap insan. Setiap manusia ada laluan hidup yang berbeza-beza.senang...susah...gembira...bahagia...perit...menyakitkan...Kini aku melangkah lagi ke tahap kehidupan seterusnya...Kini aku sudah bergelar isteri...Alhamdulillah sudah 3 bulan mendapat title Puan Siti Noor.Mudah disebut ... IS+TE+RI...tapi besar tanggungjawabnya.Insyaallah...akan kupikul sebaik-baiknya...

Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.
( Hadith riwayat Maisaroh Ali daripada Abu Said Al-Hudri)


... Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat sepanjang majlis bersejarah dalam hidupku. I love all of u...doakan rumahtangga kami bahagia dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment