Tuesday, May 17, 2011

Happy Teacher's Day!


Tanggal 16 MEI satu tarikh istimewa bagi menghargai segala penat lelah dan jasa guru-guru yang disayangi.

Ucapan terima kasih dan sekalung tahniah buat semua guru yang telah mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang cemerlang hidupnya. Biar apa saja panggilannya, yang penting matlamatnya adalah tetap sama.

Buat cikgu tabika Kg Banggol Kiat, cikgu-cikgu SK Sik, cikgu-cikgu SMK Sik, lecturers matrik IIUM, lecturers IIUM, lecturer IPIK, guru-guru SK Jalan Sungai Besi 1, SK (P) Bandar Tinggi dan rakan-rakan guru seperjuangan diucapkan SELAMAT HARI GURU. may Allah bless us....

Selamat Pengantin Baru






Selamat Pengantin Baru diucapkan khas buat Yana & Peja. Mengakhiri episod cinta dengan satu ikatan yang suci murni dan diberkati Ilahi.Mudah-mudahan kalian bahagia dunia akhirat dan mendapat rahmat Allah.

Selamat menempuh cobaan dan rintangan mendatang dengan hati yang kuat, sabar dan tenang.Ececehhhhhhh....nasihat.Tapi kadang-kadang aku sendiri pun terikut dek perasaan. Mudah terasa mudah merajuk dengan suami...padahal bila dipikirkan takde apa pun salahnya dia...Maafkan Ct ye syg....

Berbalik pada pasangan yang masih lagi merah inai di jari...apa yang kita rasa sebelum kawen lain dari perasaan selepas kawen.Jadi jgn mudah ikut perasaan tau...berlebih kurang antara satu sama lain...Ni ada sekeping dua gambaq yang sempat diambik masa majlis.

Maaf sebab terpaksa balik awal...Tak sempat tgk hampa bersanding...Anyway, congratulations once again :)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum....
9 Mei : Hari teristimewa buat semua ibu,mama,mak,mummy,umi,mom n mcm2 lagi gelaran buat ibu-ibu di seluruh dunia.

Kesempatan ini, inginku menyatakan ucapan Selamat hari Ibu buat mak tersayang Khalijah bt Md Hassan yang terlalu banyak berkorban untuk hidup kami adik beradik. Tak ternilai segala kasih sayang dan tunjuk ajar yang dilimpahkan kepada kami. Selama kepergian abah tersayang 15 tahun lalu, mak banyak sgt sacrifice untuk anak-anak mak.

Kami semua sayang mak sgt. Moga Allah berikan kesihatan dan keberkatan buat mak dunia akhirat...

*buat semua ibu diluar sana, semoga terus bangga menjadi insan yang bergelar ibu...ku harapkan, diriku juga akan dapat menjadi seorang ibu satu hari nanti...amin...

Saturday, May 7, 2011

My New Life




Hidup kita sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa. Putaran masa tak pernah terhenti selain Yang Maha Kuasa menginginkannya...Semakin meningkat usia, semakin banyak rintangan dan cubaan yang perlu dilalui oleh setiap insan. Setiap manusia ada laluan hidup yang berbeza-beza.senang...susah...gembira...bahagia...perit...menyakitkan...Kini aku melangkah lagi ke tahap kehidupan seterusnya...Kini aku sudah bergelar isteri...Alhamdulillah sudah 3 bulan mendapat title Puan Siti Noor.Mudah disebut ... IS+TE+RI...tapi besar tanggungjawabnya.Insyaallah...akan kupikul sebaik-baiknya...

Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.
( Hadith riwayat Maisaroh Ali daripada Abu Said Al-Hudri)


... Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat sepanjang majlis bersejarah dalam hidupku. I love all of u...doakan rumahtangga kami bahagia dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

Saturday, May 22, 2010

Happy Mother's Day


Happy Mother's Day mak...I love you so much. may Allah bless u all over the time...muah!!!

Kini ku kembali


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Lama sangat rasanya tak menulis dalam blog ni.Ade je perkara yang tak mengizinkan untuk membuat sedikit nukilan di hati. Pejam celik, pejam celik, kini aku dah bergelar seorang guru. Alhamdulillah...syukur atas kurniaan yang dilimpahkan oleh Allah kepada ku.Sekarang masanye untuk menstabilkan diri dan memulakan satu peringkat yang lain pulak.Semoga apa yang dirancangkan akan berjalan seperti apa yang diigini...Amin...

Monday, September 28, 2009

Tamatnya praktikal



Tak sangka...dah 3 bulan berlalu. Terlalu pantas rasanya 12 minggu dilalui sebagai seorang guru pelatih praktikal di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (1). Pelbagai kenangan yang begitu bermakna sepanjang tempoh praktikal di sekolah ini. Mendapat kerjasama yang sangat baik dari warga sekolah membuat diri terasa selesa dan senang menjalankan tugas di sana. Keletah anak-anak murid yang pelbagai ragam kadang-kadang begitu mencabar tapi bila diingatkan semula mereka sebenarnya perlukan perhatian dari seorang yang bergelar guru. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan menulis...