Saturday, May 22, 2010

Happy Mother's Day


Happy Mother's Day mak...I love you so much. may Allah bless u all over the time...muah!!!

Kini ku kembali


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Lama sangat rasanya tak menulis dalam blog ni.Ade je perkara yang tak mengizinkan untuk membuat sedikit nukilan di hati. Pejam celik, pejam celik, kini aku dah bergelar seorang guru. Alhamdulillah...syukur atas kurniaan yang dilimpahkan oleh Allah kepada ku.Sekarang masanye untuk menstabilkan diri dan memulakan satu peringkat yang lain pulak.Semoga apa yang dirancangkan akan berjalan seperti apa yang diigini...Amin...

Monday, September 28, 2009

Tamatnya praktikal



Tak sangka...dah 3 bulan berlalu. Terlalu pantas rasanya 12 minggu dilalui sebagai seorang guru pelatih praktikal di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (1). Pelbagai kenangan yang begitu bermakna sepanjang tempoh praktikal di sekolah ini. Mendapat kerjasama yang sangat baik dari warga sekolah membuat diri terasa selesa dan senang menjalankan tugas di sana. Keletah anak-anak murid yang pelbagai ragam kadang-kadang begitu mencabar tapi bila diingatkan semula mereka sebenarnya perlukan perhatian dari seorang yang bergelar guru. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan menulis...

Saturday, July 25, 2009

Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1



SKJSB1..dah masuk 6 minggu menjalani praktikal di sekolah ni. Banyak pengalaman yang dapat dipelajari dan tak lupa ramai pelajar yang makin aku ingati namanya. Memang terlalu banyak keletah mereka yang bila difikirkan balik, buatkan aku tersenyum sendirian. Ucapan terima kasih buat Tuan Hj Barudin (Guru Besar) dan Pn Normazira (Guru Pembimbing) yang tak lekang memberi tunjuk ajar yang berguna kepada kami guru pelatih. Tak lupa untuk guru-guru lain (Mr Rama, En Othman, En Ayub, Mr John, Pn Nik, Pn Fazilah, Pn Sarida, Pn Hasnah, Ustaz Aiman, Pn Zuraidah, Pn Saidah, En Lutfi, En Harman, En Azhar, En Rashid, En Edy, Pn Siti, En Kamarudin dan En Anuar) atas segala bantuan. Insyaallah, semoga dengan bantuan semua saya akan dapat menimba ilmu agar lebih tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Terima kasih semua... :)

Best buddies 4eva n eva...mmuuaahh!!!





Rasanya dah lama benar ct tak menulis di blog ni. Terlalu sibuk dengan praktikal yang dah masuk 6 minggu ni. Bila time2 free macam ni, teringat sangat dengan kenangan bersama rakan-rakan se-universiti dulu. Banyak kenangan yang kami konsi bersama-sama; suka, duka, kelakar, mencabar, memalukan, tak masuk akal....hahaha....rindu kenangan dulu...tapi sekarang semua dah berubah. Peredaran masa kadang-kadang membataskan kami untuk selalu berjumpa. Tambahan ade yang sudah bersuami. Tapi apa-apa pun korang... I luv n miss u all....mmuuaahhhhhh!!!!!!

Wednesday, May 27, 2009

Mini Sport Day (14th May 2009)


This program was the one of pre-requisite for Pengurusan GERKO. The aim is to give view and teach us the KPLIs trainee to conduct the event especially in conducting sport day. Four class joined this event which is K1.3, K1.6, K1.14 and K1.15. We start this event at 4.30pm and finished by 7.00pm. There are seven games conducted in that event. All of us really enjoyed and have fun!!!